Thursday 22 September 2011


Apabila seorang wanita telah kita (lelaki) nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga.
Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya.
Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita.
Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah.
Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.


--------------------------------------------------------------------------------------------



‎12 cara isteri sentiasa disayangi suaminya

1. • Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri.

2. • Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini.

3. • Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi.

4. • Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah.

5. • Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja.

6. • Sederhana dalam berpenampilan. umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan.

7. • Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.

8. • Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.

9. • Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur.

Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri.

Anggapan bahawa perempuan yang agresif dan tidak terhormat hanya untuk perempuan single. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang sudah ada suaminya sendiri.

10. • Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.

11. • Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.

12. • Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting.

------------------------------------------------------------------------------------------


"Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik." -Al-Anbiya: 89

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa." -Ali 'Imran: 38

WANITA UNTUK SUAMI cerita yg menarik, cuba baca ye.... slmat membaca..:) Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. waaa... mana isteri ku... Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku. fuuu.. lega.. “Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.. lelaki tu pun berfikir... Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… hahaha... takde yg nak marah ku... Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa... Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..............................
....................................seumur hidup ??? ingat balik.. And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!! SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU.. HARGAI MEREKA!!!!! Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan

Allah ada berfirman kepada suami dan isteri yang bermaksud: "ISTERI menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik, SUAMI juga dikehendaki melakukan kewajipan yang serupa (al-Baqarah: 228). Ayat ini jelas menyatakan bahawa suami dan juga isteri sama-sama mempunyai tanggungjawab terhadap diri satu sama lain. Toleransi & berpalang dada itu amat penting dalam melayari hidup bersama...

----------------------------------------------

Sebagai renungan... Unsur keberkatan di dalam rumahtangga memberi keceriaan, ketenangan & kelapangan kpd pasangan, bagi mencapainya memerlukan psangan utk menghidupkan IBADAH di dalam rumah mereka. Kekerapannya mengelakkan dari mudahnya diresapi perasan amarah yg apabila menusuk jiwa, mencipta pergaduhan. - Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


---------------------------------------------------------------------

Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quraan maksudnya: "Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik." (al-Baqarah:233)

------------------------------------------




Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang

‎''Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.''[An Noor: 22]


-------------------------------------------


‎''Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). ''[Al Baqarah:152]


Dari Anas radhiallahu 'anhu, ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Allah ta’ala telah berfirman : “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu sampai setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui Aku dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukan sesuatu dengan Aku, niscaya Aku datang kepadamu dengan (memberi) ampunan sepenuh bumi pula”. (HR. Tirmidzi, Hadits hasan shahih)

----------------------------------------------------------

Ibu adalah ciptaan Allah yang melihat menerusi matahatinya serta merasakan melalui pandangan matanya. Dia adalah sandaran dimana anak-anak meluahkan kerisauan dan masalah mereka. Mudah baginya menyatu-padukan ahli keluarganya dengan kasihsayangnya yang berterusan sepanjang hayat. Jannah berada di bawah kaki ibu serta doanya buat anak-anaknya mudah dimakbulkan Allah SWT. Sedarilah bahawa segala kebendaan kehidupan ini dapat dicari gantinya tetapi setiap dari kita hanya ada seorang ibu yang pernah bersusah-payah melahir dan membesarkan kita.

Wednesday 21 September 2011


Jagalah hati suami wahai isteri.. InsyaAllah keberkatan & kebahagiaan akan datang bertandang.. Peka terhadap kesukaan suami amatlah penting dalam melayari bahtera hidup berkeluarga bersama. Karimah binti Hamam RA telah meriwayatkan bahawa seorang wanita pernah bertanya kpd Aisyah RA tentang inai (pemerah kuku). Aisyah menjawab: "Tidaklah mengapa, akan tetapi saya tidak meyukainya kerana kekasihku (Rasulullah SAW) sebelum ini membenci baunya" (HR Abu Daud & Nasa'i)

                                     ----------------------------------------------------
Meminta maaf di dalam rumah tangga tidak semestinya hanya bagi pihak yang benar-benar salah, namun ia diperlukan bagi memutik kembali benih rasa sayang, tanpa mengira siapa yang benar-benar bersalah.
                                     -----------------------------------------------------
                                 -----------------------------------------------------------

Apabila lelaki masuk syurga, maka terlihatlah mereka akan bidadari2 syurga yg dikahwinkan dgn mereka.. Tersangat cantik dan terpegunlah lelaki ahli syurga.. Itu baru di depan mata mereka, belum lagi bidadari2 lain yang berada di sepanjang jalanan sewaktu mereka menuju ke istana syurga untuk menemui ketua bidadari yang menjadi milik mereka selamanya (yakni isterinya)..

                              ---------------------------------------------------------------